Friday, April 25, 2008

Pemanafaatan Anak-anak Genius

Saidina Umar Al Khattab RA sedang berjalan di satu lorong di tepi kota Madinah. Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain, di antaranya ialah Abdullah bin Zubair.

Apabila melihat Saidina Umar, kanak- kanak lain bertempiaran lari, kecuali Abdullah. Dia tetap berdiri di tempatnya. Apabila Saidina Umar tiba di tempat itu, beliau pun bertanya,

œMengapakah engkau tidak lari seperti kanak-kanak lain?

Abdullah bin Zubair yang masih budak itu menjawab secara spontan;

œAku tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mengapa aku mesti lari darimu?. Jalan ini pun sesungguhnya tidak sempit hingga aku terpaksa melapangkan ruangan untuk Amirul Mukminin berjalan

Satu ketika yang lain, iaitu semasa pemerintahan Bani Abassiyah Khalifah Al Makmun, khalifah ketika itu, memasuki kutub khanah [perpustakaan] negara. Ia melihat ada seorang budak sedang membaca buku dan dicelah cuping telinganya terselit sebatang pena.

Al Makmun bertanya ; œSiapakah engkau ini?.

Budak itu menjawab:

œSaya adalah tunas baru yang tumbuh dalam kerajaanmu yang sedang bersenang lenang dengan keadilan pemerintahanmu dan saya bersedia untuk berkhidmat kepadamu. Nama saya Al Hasan bin Raja

Sewaktu awal pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, telah datang berbagai- bagai rombongan dari seluruh pelusuk negara untuk menyatakan taat setia kepadanya. Satu rombongan dari Hijaz tiba, dan seorang kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun tampil kehadapan untuk bercakap.

Umar Abdul Aziz berkata ;

œBerundurlah engkau dahulu, biarlah orang yang lebih tua daripadamu bercakap.

Budak itu menjawab sopan dengan berani..

œSemoga Allah kekalkan pemerintahan Amirul Mukminin!. Sebenarnya manusia itu dinilai dengan dua yang paling kecil pada dirinya, iaitu hati dan lidahnya. Jika Allah mengurniakan padanya lidah yang petah, hati yang kuat ingatan, maka sudah tentulah dia yang berhak bercakap. Wahai Amirul Mukminin, sekiranya semua perkara diukur dengan umur, nescaya di kalangan umat ini ada orang yang lebih berhak daripadamu untuk memegang jawatan khalifah.

Umar Abdul Aziz sangat terharu dengan jawapan anak kecil itu.

Demikianlah tiga contoh bagaimana tangkas, bijak dan beraninya anak-anak genius di zaman kegemilangan Islam.

Manusia genius mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat.

Fikirannya mampu mengubah dunia. Nabi Muhammad SAW, seorang genius, telah berjaya mengubah bangsa Arab menjadi satu bangsa yang gagah, berakhlak dan bertamadun hanya dalam jangka masa 23 tahun.

Tempoh itu sangat pendek, hingga seorang proffessor di Universiti Vienna, Dr. Chevrel berkata ; œbelum tentu Eropah dapat mencapai apa yang telah dibuat oleh Nabi Muhammad SAW walaupun terpaksa mengambil masa selama 2,000 tahun.

Inilah kekuatan yang ada pada manusia genius. Dunia tidak dapat diubah oleh tenaga ribuan manusia, tetapi mungkin dapat diubah oleh fikiran seorang daripadanya. Kebangkitan Islam di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat di dukung oleh Mukmin yang genius.

Zaid bin Tsabit- penulis Al-Quran,

Abu Hurairah- penghafal hadis,

Abdul Rahman bin Auf- pakar ekonomi,

Salman Al Farisi- œmaster minda perang khandak,

Umar Ibnul Khattab- ahli politik dan pentadbir negara,

Ali bin Abi Talib- intelek agama.

Mereka semuanya adalah manusia-manusia genius yang telah menguatkan Islam melalui bidang masing-masing.

Fikiran mereka lebih daripada orang lain dan kelebihan itu, disalurkan untuk membangunkan Islam, bukan untuk kepentingan diri.

Mukmin yang genius sangat diperlukan di zaman kebangkitan Islam ini.

Ketajaman, ketinggian dan kekuatan akal penting untuk perjuangan Islam. Sebab itulah, para Rasul wajib memiliki salah satu sifat, iaitu fatanah ertinya bijaksana. Oleh itu kebijaksanaan adalah satu sifat yang wajib ada kepada sesiapa sahaja yang memimpin perjuagan Islam.

Pejuang Islam perlu bijaksana dalam merancang, menyusun dan bertindak dalam menghadapi suasana jahiliah moden ini, sepertimana bijaksananya para Rasul menghadapi suasana dan karenah umatnya zaman dahulu.

Islam tidak akan kuat selagi umatnya masih jahil, buta strategi dan lemah fikiran. Perjuangan memerlukan keyakinan. Keyakinan diperkuatkan oleh daya fikiran. Tegasnya manusia genius adalah 'aset terpenting masyarakat.

No comments: