Friday, April 25, 2008

Gadis Yang Menghina Allah SWT

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.

"Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata- kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cubamemberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.

Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya keranakhuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Parapenumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasanakelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cubamengangkat mayat tersebut juga kehairanan keranatangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malangtersebut.

Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu?

Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang- undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. TamanlaranganNya adalah perkara- perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

Hanya Kerana Sebutir Kurma

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat Mesjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya. Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa.

4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.

“Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat Mesjidil Haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya. Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda.

"4 bulan yang lalu saya membeli kurma di sini dari seorang pedagang tua. Kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".

Lantas Ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata Ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."

"Dimana alamat saudara-saudaramu ? Biar saya temui mereka satu persatu."

Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap.

"Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain."

"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas.

Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? Lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu."

Semoga bermanfaat.

Antara Lincoln Dan Abu Zar

ORANG yang berjaya tidak melakukan perkara yang hebat. Mereka melakukan perkara yang kecil dengan cara yang hebat.

Walt Disney, seorang pelukis kartun muda, kecewa apabila editor akhbar sentiasa menolak lukisan kartunnya. Apa yang mereka kata? 'Awak tidak ada bakat!' Namun Disney mahu mencipta sejarah.

Suatu hari seorang paderi gereja mengupah beliau untuk melukis beberapa keping kartun.

Tempat kerjanya hanyalah di sebuah bangsal di sebelah gereja itu yang banyak tikus. Itulah permulaan Mickey Mouse.

Abraham Lincoln, kisah masa kecilnya sangat bermakna. Berjalan beberapa kilometer dari rumahnya untuk meminjam buku, laluan hidupnya penuh dengan kegagalan.

Ketika berusia 21 tahun, beliau gagal sama sekali dalam perniagaan. Tewas dalam persaingan perundangan ketika berusia 22 tahun.

Menghadapi kematian kekasih ketika berumur 26 tahun. Patah hati pada usia 27 tahun. Gagal mendapatkan tempat di Kongres ketika berusia 34 tahun.

Tewas persaingan senator ketika berusia 45 tahun. Kalah lagi dalam pertandingan merebut jawatan senator ketika berusia 49 tahun.

Namun usaha yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal jemu akhirnya membuahkan hasil apabila beliau dipilih menjadi presiden Amerika Syarikat ketika berusia 52 tahun.

Ketokohannya menjadi ikutan seluruh rakyat negara itu.

Mahatma Gandhi pula ialah seorang pejuang masyarakat yang terkenal di India. 'Mahatma' bererti 'jiwa yang besar'.

Beliau mengambil keputusan untuk menjadi seorang aktivis politik setelah merasai dirinya didiskriminasi di Afrika Selatan.

Ketika kembali ke India, beliau membantu negaranya merdeka daripada penjajahan British.

Beliau percaya manusia dari semua agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam sebuah negara dan tidak harus dipecah-belahkan.

Sahabat Nabi Muhammad s. a. w., Abu Zar ialah keturunan Bani Ghifar, satu kabilah Arab yang terkenal kerana suka merompak.

Daripada kegiatan jenayah ini kita dapat agak betapa sikap kaum ini yang sangat keras, tidak boleh dipercayai dan amat berbahaya.

Kabilah ini adalah antara kabilah Arab ketika itu yang sangat digeruni. Tetapi Abu Zar seorang yang berbeza.

Walaupun hidup dalam puak yang ganas, jiwanya sangat sensitif.

Beliau berjalan ke Mekah seorang diri semata-mata untuk berjumpa Rasulullah dan menyatakan keinginan menerima Islam.

Abu Zar ialah antara orang yang paling awal memeluk Islam dan semangatnya berkobar-kobar untuk menyebarkan dakwah Islam.

Berbekalkan semangat yang tinggi, Abu Zar kembali ke kampung halaman dan bertemu dengan masyarakatnya bagi mengajak mereka kepada agama Islam.

Tidak mudah bagi beliau untuk berdakwah kepada kaumnya yang kasar itu. Beliau pernah dipukul teruk sebaik sahaja mengisytiharkan diri memeluk Islam.

Abu Zar sungguh tabah dan yakin apa yang dibuatnya merupakan sesuatu yang sangat mulia.

Justeru beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan kaum yang jahil, ganas dan kejam.

Beliau mahu seluruh Bani Ghifar menjadi puak yang paling alim dan pendokong Islam. Abu Zar tidak pernah kecewa dan putus asa.

Dakwah Abu Zar sangat hebat. Ketakwaan yang ada padanya begitu mantap.

Akhirnya seluruh Bani Ghifar menerima cahaya Islam, diikuti oleh Bani Aslam.

Kesungguhan dan keikhlasan Abu Zar sebagai seorang pendakwah yang berjaya dan cemerlang telah dipuji oleh Rasulullah dan menjadi kebanggaan Bani Ghifar.

Semasa bertemu dengan Abu Zar, Rasulullah bersabda: "Bani Ghifar telah diampunkan Allah dan Bani Aslam telah mendapat kesejahteraan daripada Allah."

Saad bin Abi Waqas menerima Islam semenjak kecil; suatu peristiwa yang mengganggu emosi ibunya. Kesedihan ibu Saad amat mendalam kerana Saad telah meninggalkan agama dan kepercayaan mereka turun menurun.

Ibunya, seorang wanita yang cekal telah berusaha pelbagai cara untuk menarik kembali Saad menjadi seorang penganut agama keluarga mereka. Namun semuanya gagal.

Sebagai usaha terakhir, ibu Saad melancarkan mogok lapar dan tidak akan makan kecuali Saad kembali kepada agama asalnya. Saad yang terdidik dengan iman dan taqwa sedikit pun tidak gentar dengan desakan ibunya.

Malahan bertambah iman dan taqwanya sehinggalah ibunya hampir mati kehausan. Dengan tekad dan semangat yang berkobar-kobar, Saad memberitahu ibunya:

"Ibu, jika ibu mempunyai seratus nyawa dan keluar satu persatu daripada badan di hadapan saya, saya tidak akan menyerah keimanan saya sebagai seorang Islam.

"Ibu boleh makan ataupun tidak, tetapi saya tidak akan meninggalkan Rasulullah."

Melihat Saad yang juga tetap dengan pendiriannya, ibunya terpaksa menamatkan mogok lapar dan menerima kenyataan bahawa Saad telah menjadi seorang Islam.

Kenyataan Saad adalah bertepatan dengan seruan dan peringatan yang dinyatakan oleh Allah yang bermaksud: "*Jika kedua-duanya (ibu bapa) memaksa supaya kamu mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak kamu ketahui, janganlah kamu ikut keduanya dan bergaullah dengan keduanya di dunia secara baik dan turutlah jalan orang yang bertaubat kepadaKu. *

"Kemudian tempat kembalimu kepadaKu lalu Aku khabarkan kepadamu apa-apa yang telah kamu kerjakan." - Surah Luqman: 15.

Petikan Akhbar Kosmos 20 April 2008

Hati Mulia

Hati Mulia

Penulis : R. Khathir

Isteri Umar bin Abdul Aziz, Fatimah binti Abdul Malik, sangat terkejut menyaksikan perubahan suaminya yang serta-merta. Sebelum menjadi Khalifah, beliau hidup biasa saja dengan jabatan-jabatan penting yang disandangnya. Setelah menjadi Khalifah, bukan saja tidak mau tinggal di istana kerajaan, bahkan beliau tidak mengambil gaji dari jabatannya itu. Beliau menyambung hidup hanya dari hasil sepetak tanah yang dibelinya dengan uang sendiri.

Sebagai anak bekas kepala Negara, Fatimah banyak mempunyai barang-barang emas dan perhiasan yang mahal-mahal. Oleh Umar, semua barang-barang itu disuruhnya agar dikembalikan ke Baitul Mal.

"Engkaukan tahu, wahai Fatimah," kata Umar, "Emas permata yang engkau miliki ini diambil oleh bapakmu dari harta kaum muslimin dan diberikannya kepada engkau. Aku tidak suka permata-permata itu berada di rumahku, bersamaku. Maka engkau boleh memilih, apakah engkau akan mengembalikannya ke Baitul Mal atau izinkan aku menceraikan engkau."

"Demi Allah, aku memilih engkau daripada barang-barang ini walaupun harganya berganda-ganda, " jawab Fatimah. Lalu dikembalikannya semua barang-barang emas dan perhiasannya ke Baitul Mal dengan tenang.

"Apakah yang menyebabkan engkau berbuat seperti ini?" tanya Fatimah suatu hari.

"Aku mempunyai nafsu yang senantiasa ingin kelebihan. Sebelum aku menjadi gubernur, aku ingin menjadi gubernur, lalu tercapai. Setelah menjadi gubernur, aku diangkat menjadi wazir. Setelah menjadi wazir, aku diangkat menjadi Khalifah. Setelah diangkat menjadi khalifah, aku ingin yang lebih tinggi lagi," kata Umar bin Abdul Aziz.

"Apalagi yang engkau inginkan?" tanya Fatimah keheranan, karena tidak ada jabatan yang lebih tinggi lagi selain menjadi pemimpin Negara.

"Aku ingin syurga," jawab Umar. Fatimah menangis tatkala mendengar cita-cita suaminya yang mulia itu.

Ketika Umar bin Abdul Aziz wafat, saudara lelaki Fatimah, Yazid, diangkat menjadi Khalifah. Lalu Yazid ingin memulangkan barang emas Fatimah yang diserahkan ke Baitul Mal dulu. Akan tetapi dengan tegas Fatimah berkata, "Tidak, demi Allah, selama ini aku selalu mentaatinya ketika beliau masih hidup dan tidak akan mendurhakainya setelah beliau wafat. Aku tidak memerlukan perhiasan itu."

Sungguh mulia sikap Fatimah dan suaminya itu. Tapi di negeri kita, saat ini, adakah para pejabat dan keluarganya yang memiliki sikap seperti Umar bin Abdul Aziz dan Fatimah binti Abdul Malik? Wallahu a'lam.

Akhlak Rasulullah SAW Di Medan Perang

Dalam suatu peperangan, seorang musuh ( Da'thur ) dapat menghampiri Rasulullah yang sedang beristirahat. Dengan pedang terhunus musuh berkata, "Siapa lagi yang dapat menyelamatkan engkau?"

Dengan tenang Rasulullah menjawab, "ALLAH!"

Tiba-tiba pedang terlepas dari tangannya, sebagai satu mukjizat ALLAH pada Rasulullah. Maka Rasulullah pun mengambil pedang itu dan mengangkatnya ke muka musuh dan bertanya,"Siapa pula yang dapat menyelamatkan kamu sekarang?"

"Tiada siapa-siapa lagi" jawabnya.

Lantas baginda pun memaafkannya.

Sehingga karena itu orang tersebut berkata pada kawan-kawannya, "Aku baru kembali dari berjumpa sebaik-baik manusia."

Begitulah akhlak nabi kita yang hendak kita sambung lidahnya dan kerjanya. Bukan saja sahabat-sahabatnya yang tertawan pada akhlaknya, musuh pun mengaku Muhammad adalah sebaik-baik manusia. Maknanya musuh pun merasa mereka berperang dengan orang yang sangat baik.

Islamnya Kerana Akhlak Rasulullah SAW

Pada suatu hari sedang Rasulullah dan Saidina Umar berbincang dihadapan rumah baginda, tiba- tiba datang seorang yahudi bernama Zaid bin Su`nah. Dengan wajah yang bengis, dia berdiri sambil bercekak pinggang. Tanpa disangka-sangka, Zaid bin Su `nah telah menarik kuat kain ridak yang sedang melilit leher baginda. Ridak yang diperbuat dari kain yang kasar itu telah menyebabkan leher baginda melecet.

Tanpa memperdulikan leher Rasulullah yang melecet Zaid terus membentak,"Wahai keturunan Abdul Mutalib! Memang engkau ini dari keturunan yang suka menangguhkan hutang. Cepat! Bayarkan hutangku segera!"

Sejak awal lagi Saidina Umar tidak menyenangi sikap orang Yahudi itu yang terlalu kasar terhadap baginda Rasulullah saw. Jelas dari wajahnya yang dia mahu bertindakbalas terhadap kekasaran yahudi itu. Namun Rasulullah berkata dengan tenang,"Wahai Umar, bersabarlah. "

Rasulullah memang kenal dengan sikap Saidina Umar yang tidak sanggup melihat baginda direndah-rendahkan seperti itu. Baginda sendiri dapat mengawal kemarahannya terhadap orang yahudi itu.

Sambung Baginda lagi,"Antara kami memang ada urusan hutang. Biarlah kami berdua saja yang menyelesaikannya. Bukankah lebih baik, engkau menyuruhku supaya membayar hutangnya dengan baik dan menasihatinya supaya dia menagih hutangnya juga secara baik. Sebenarnya dalam perjanjian kami dahulu, aku masih ada 3 hari lagi untuk membayar hutangnya. Tetapi tidak mengapalah"

Saidina Umar terdiam mendengar bicara Rasulullah yang penuh lemah lembut dan berhikmah. Dia sedar jika dirinya tidak ditenteramkan oleh baginda, sudah tentu si yahudi itu akan dikerjakannya.

Baginda meneruskan kata-katanya, " Usahakanlah supaya dibayar hutangku itu, dan ditambah lagi sebanyak 20 gantang kurma. Moga-moga hilang marahnya."

Saidina Umar berpaling untuk melangkah ke rumahnya bagi mendapatkan gandum sebagaimana yang diminya oleh Rasulullah. Namun belum sempat dia berbuat demikian, Zaid menahannya. "Nanti dulu Umar!"

Suara Zaid bin Su`nah berubah menjadi lembut. "Semua yang aku saksikan hari ini merupakan tanda-tanda kenabian Muhammad. Aku telah melihat dari wajahnya yang baginda adalah seorang utusan Allah."

"Maksudmu?" tanya Saidina Umar kehairanan.

"Sebenarnya aku datang ke sini semata-mata untuk menguji adakah Muhammad seorang penyantun dan pemaaf sepertimana yang diceritakan orang. Kini semuanya telah terbukti dimana sifat penyantunnya sentiasa mendahului kemarahannya. Memang benarlah dia seorang nabi. Oleh itu, sekarang aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah daqn Muhammad itu pesuruh Allah," ucap Zaid.

Akhlak Rasulullah yang sabar dan penyantun telah menyebabkan Zaid Bin Su`nah yang bersikap kasar tertarik untuk memeluk Islam. Demikianlah mulianya peribadi Rasulullah SAW.

Sepatutnya, kita sebagai umat baginda turut mencontohi akhlak terpuji itu. Apabila akhlak mulia menjadi hiasan diri kita, tentu ramai orang akan tertarik untuk mendekati Islam kerana Islamlah yang mendidik kita begitu.

Seriusnya Rasulullah SAW Dengan Allah

Rasulullah SAW, manusia agung yang sangat serius dengan Tuhannya. Pernah Sayidina Umar bin Khattab r. a. ketika berziarah ke rumah baginda, merasa terharu menyaksikan seorang kekasih Allah sedang berbaring di atas tikar yang merupakan susunan pelepah-pelepah kurma. Nampak bekas jalur tikar di tubuhnya. Di dalam rumah baginda yang penuh barakah itu, tidak ternampak peralatan lambang kemewahan, hanya ada almari yang berisi segantang gandum kasar. Kemudian Sayidina Umar r. a. menangis di hadapan Nabi SAW.

Rasulullah bertanya, "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Umar?"

"Aku melihat para Kaisar dan Kisra serta raja--raja lain tidur di atas katil mewah beralaskan sutera, tetapi di sini aku melihat engkau tidur beralaskan tikar seperti ini," jawab Sayidina Umar.

"Wahai Umar, tidakkah engkau sependapat denganku. Kita lebih suka memilih kebahagiaan Akhirat sedang mereka memilih dunia." Itulah jawapan seorang hamba pilihan Tuhan.

Luluhlah hati Sayidina Umar mendengar jawapan daripada Rasulullah SAW itu. Begitulah gambaran peribadi seorang yang sangat mencintai dan takut dengan Tuhan. Bukan hanya dalam keadaan susah beliau boleh mengekalkan kehambaannya tapi dalam keadaan mewah dan kedudukan yang tinggi sekalipun Rasulullah tetap merasakan kehambaannya.

Lantaran itulah baginda memilih kemiskinan daripada kemewahan. Inilah lambang keseriusan hatinya dengan Tuhan. Begitu serius untuk memperhambakan diri kepada Tuhan. Serius dalam mencari cinta dan redha Tuhan.

Abbas Peluk Islam Secara Sembunyi

PADA suatu musim kemarau, ketika penduduk dan negeri ditimpa kekeringan yang sangat, keluarlah Amirul Mukminin Umar bersama kaum Muslimin ke kawasan terbuka, melakukan solat istisqa' (minta hujan) dan berdoa merendahkan diri kepada Allah yang Penyayang agar mengirimkan awan dan menurunkan hujan kepada mereka.

Umar berdiri sambil memegang tangan kanan Abbas dengan tangan kanannya, diangkatnya ke arah langit sambil berkata: "Ya Allah, sesungguhnya kami pernah memohon hujan perantaraan Nabi-Mu, pada masa beliau masih berada di antara kami. Ya Allah, sekarang kami meminta hujan pula perantaraan saudara Nabi-Mu, maka mohonlah kami diberi hujan."

Belum sempat kaum Muslimin meninggalkan tempat itu, datang awan tebal dan hujan lebat mendatangkan sukacita, menyiram bumi dan menyuburkan tanah.

Sahabat menemui Abbas, memeluk dan menciumnya serta mengambil berkat dengannya sambil berkata: "Selamat kami ucapkan untuk anda, wahai penyedia air minum Haramain (Makkah-Madinah) ."

Yang dimaksudkan penyedia air minum Haramain ialah Abbas bin Abdul Mutthalib, bapa saudara Rasulullah SAW seperti sering disebut Baginda, "Inilah orang tuaku yang masih ada."

Abbas tua tiga tahun daripada Rasulullah SAW dan umur yang hampir sebaya itu menjadikan bapa serta anak saudara teman yang rapat disokong hubungan kekeluargaan antara mereka.

Hal lain menyebabkan Nabi menempatkan Abbas di tempat pertama, ialah kerana akhlak dan budi pekertinya yang pemurah, seolah-olah dialah saudara atau bapa yang pemurah dan untuk itu tidak segan mengeluarkan tenaga ataupun harta.

Beliau juga seorang yang cerdas, bahkan sampai ke tingkat genius dan disokong kedudukan tinggi di kalangan Quraisy, beliau sanggup membela Rasulullah SAW dari bencana dan kejahatan ketika melahirkan dakwahnya secara terang-terangan.

Abbas tidak mengumumkan keislamannya kecuali pada tahun pembebasan kota Makkah menyebabkan sebahagian ahli sejarah memandangnya tergolong yang akhir memeluk Islam.

Ada riwayat lain dalam sejarah memberitakan beliau adalah antara angkatan yang pertama memeluk Islam tetapi menyembunyikan keislamannya itu.

Berkatalah Abu Rafi Khadam Rasulullah SAW.: "Aku adalah anak suruhan (pelayan) bagi Abbas bin Abdul Mutthalib, dan waktu itu Islam telah masuk kepada kami, ahli bait (keluarga Nabi) maka Abbas pun masuk Islam begitu pula Ummul Fadlal, dan aku pun juga masuk. Hanya Abbas menyembunyikan keislamannya. "

Inilah riwayat Abu Rafi yang menceritakan keadaan Abbas yang masuk Islam sebelum perang Badar.

Orang Quraisy pun tidak menyembunyikan keraguan mereka mengenai hati kecil Abbas, tetapi mereka tidak punya alasan untuk memusuhinya, apalagi padanya lahir tingkah laku dan agamanya tidaklah bertentangan dengan kemahuan mereka.

Ketika berlaku perang Badar, terbuka kesempatan bagi orang Quraisy untuk menguji pendirian Abbas dengan memaksa beliau turut bersama memerangi Rasulullah dan pengikutnya.

Walaupun berjaya menceritakan gerak geri dan muslihat orang Quraisy, Abbas dengan hati yang berat menyertai Quraisy dalam peperangan itu.

Namun, Rasulullah SAW berseru kepada sahabat dan pengikutnya supaya sesiapa yang bertemu dengan Abul Bakhari bin Hisyam bin Harith bin Asad dan Abbas bin Abdul Mutthalib, jangan membunuhnya kerana orang-orang itu dipaksa untuk ikut berperang.

Perintah itu bukan bermaksud Rasulullah SAW hendak memberikan keistimewaan kepada bapa saudaranya Abbas, tetapi Baginda mengetahui pendirian serta status saudaranya itu.

Sehinggalah akhirnya apabila Abbas tidak dapat menyembunyikan keislamannya daripada pengetahuan orang Quraisy, beliau mengambil keputusan menyusul Rasulullah ke Khaibar, mengikut rombongan angkatan Islam dan kafilah orang beriman.

Abbas sangat dicintai dan dimuliakan oleh kaum muslimin, terutama kerana melihat Rasulullah SAW sendiri memuliakan serta mencintainya dengan ucapan, "Abbas adalah saudara kandung ayahku. Maka siapa yang menyakiti Abbas tak ubahnya menyakitiku! "

Abbas meninggalkan keturunannya yang diberkati Abdullah bin Abbas mutiara umat dengan pengertian alim, abid dan salih, adalah salah seorang anak yang diberkati Nabi.

Pada Jumaat 14 Rejab 32 Hijrah, penduduk kampung dataran tinggi Madinah mendengar pengumuman: "Rahmat Allah bagi orang yang menyaksikan Abbas bin Abdul Mutthalib!"

Mereka mendapati Abbas sudah meninggal. Ramai yang mengiring jenazahnya, belum pernah terjadi selama ini sebanyak itu.

Jenazahnya disolatkan khalifah Muslimin pada waktu itu, yakni Uthman bin Affan. Di bawah tanah Baqi' beristirahatlah dengan tenang tubuh Abul Fadlal. Beliau tidur nyenyak dengan hati puas, di lingkungan orang baik-baik yang bersama memenuhi janji mereka kepada Allah.

Pemanafaatan Anak-anak Genius

Saidina Umar Al Khattab RA sedang berjalan di satu lorong di tepi kota Madinah. Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain, di antaranya ialah Abdullah bin Zubair.

Apabila melihat Saidina Umar, kanak- kanak lain bertempiaran lari, kecuali Abdullah. Dia tetap berdiri di tempatnya. Apabila Saidina Umar tiba di tempat itu, beliau pun bertanya,

œMengapakah engkau tidak lari seperti kanak-kanak lain?

Abdullah bin Zubair yang masih budak itu menjawab secara spontan;

œAku tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mengapa aku mesti lari darimu?. Jalan ini pun sesungguhnya tidak sempit hingga aku terpaksa melapangkan ruangan untuk Amirul Mukminin berjalan

Satu ketika yang lain, iaitu semasa pemerintahan Bani Abassiyah Khalifah Al Makmun, khalifah ketika itu, memasuki kutub khanah [perpustakaan] negara. Ia melihat ada seorang budak sedang membaca buku dan dicelah cuping telinganya terselit sebatang pena.

Al Makmun bertanya ; œSiapakah engkau ini?.

Budak itu menjawab:

œSaya adalah tunas baru yang tumbuh dalam kerajaanmu yang sedang bersenang lenang dengan keadilan pemerintahanmu dan saya bersedia untuk berkhidmat kepadamu. Nama saya Al Hasan bin Raja

Sewaktu awal pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, telah datang berbagai- bagai rombongan dari seluruh pelusuk negara untuk menyatakan taat setia kepadanya. Satu rombongan dari Hijaz tiba, dan seorang kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun tampil kehadapan untuk bercakap.

Umar Abdul Aziz berkata ;

œBerundurlah engkau dahulu, biarlah orang yang lebih tua daripadamu bercakap.

Budak itu menjawab sopan dengan berani..

œSemoga Allah kekalkan pemerintahan Amirul Mukminin!. Sebenarnya manusia itu dinilai dengan dua yang paling kecil pada dirinya, iaitu hati dan lidahnya. Jika Allah mengurniakan padanya lidah yang petah, hati yang kuat ingatan, maka sudah tentulah dia yang berhak bercakap. Wahai Amirul Mukminin, sekiranya semua perkara diukur dengan umur, nescaya di kalangan umat ini ada orang yang lebih berhak daripadamu untuk memegang jawatan khalifah.

Umar Abdul Aziz sangat terharu dengan jawapan anak kecil itu.

Demikianlah tiga contoh bagaimana tangkas, bijak dan beraninya anak-anak genius di zaman kegemilangan Islam.

Manusia genius mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat.

Fikirannya mampu mengubah dunia. Nabi Muhammad SAW, seorang genius, telah berjaya mengubah bangsa Arab menjadi satu bangsa yang gagah, berakhlak dan bertamadun hanya dalam jangka masa 23 tahun.

Tempoh itu sangat pendek, hingga seorang proffessor di Universiti Vienna, Dr. Chevrel berkata ; œbelum tentu Eropah dapat mencapai apa yang telah dibuat oleh Nabi Muhammad SAW walaupun terpaksa mengambil masa selama 2,000 tahun.

Inilah kekuatan yang ada pada manusia genius. Dunia tidak dapat diubah oleh tenaga ribuan manusia, tetapi mungkin dapat diubah oleh fikiran seorang daripadanya. Kebangkitan Islam di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat di dukung oleh Mukmin yang genius.

Zaid bin Tsabit- penulis Al-Quran,

Abu Hurairah- penghafal hadis,

Abdul Rahman bin Auf- pakar ekonomi,

Salman Al Farisi- œmaster minda perang khandak,

Umar Ibnul Khattab- ahli politik dan pentadbir negara,

Ali bin Abi Talib- intelek agama.

Mereka semuanya adalah manusia-manusia genius yang telah menguatkan Islam melalui bidang masing-masing.

Fikiran mereka lebih daripada orang lain dan kelebihan itu, disalurkan untuk membangunkan Islam, bukan untuk kepentingan diri.

Mukmin yang genius sangat diperlukan di zaman kebangkitan Islam ini.

Ketajaman, ketinggian dan kekuatan akal penting untuk perjuangan Islam. Sebab itulah, para Rasul wajib memiliki salah satu sifat, iaitu fatanah ertinya bijaksana. Oleh itu kebijaksanaan adalah satu sifat yang wajib ada kepada sesiapa sahaja yang memimpin perjuagan Islam.

Pejuang Islam perlu bijaksana dalam merancang, menyusun dan bertindak dalam menghadapi suasana jahiliah moden ini, sepertimana bijaksananya para Rasul menghadapi suasana dan karenah umatnya zaman dahulu.

Islam tidak akan kuat selagi umatnya masih jahil, buta strategi dan lemah fikiran. Perjuangan memerlukan keyakinan. Keyakinan diperkuatkan oleh daya fikiran. Tegasnya manusia genius adalah 'aset terpenting masyarakat.

Isteri Yang Cacat

DI sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, berasal daripada keturunan Imam Hasan ra.

Satu hari, ketika leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, pemuda itu ternampak gugusan epal yang dihanyutkan arus sungai.

Disebabkan sangat lapar, beliau mengambil sebiji epal lalu memakannya. Begitupun, dia kesal selepas sedar dia makan epal itu tanpa izin tuannya. Lalu, dia berjalan menyusur sungai itu sehingga terjumpa sebatang pohon epal yang lebat buahnya.

Yakin bahawa itulah pohon yang dicari, dia menemui pemilik pohon epal berkenaan untuk memohon maaf. Pemilik pohon itu sebenarnya wali yang disegani di kawasan itu dan berasal daripada keturunan Imam Husin ra, dikenali sebagai Syeikh Abdullah.

Beliau tertarik pada keikhlasan dan ketakwaan Abu Salleh lalu berhasrat mengujinya dengan mengenakan syarat, Abu Salleh bekerja di ladangnya selama
12 tahun dan tanpa banyak soal Abu Salleh bersetuju dengan syarat itu.

Tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa Syeikh Abdullah untuk memohon maaf atas peristiwa lalu. Syeikh Abdullah bersetuju, tetapi beliau mengenakan syarat baru kepada Abu Salleh.

Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya dia menikahi puterinya, seorang yang digambarkan sebagai lumpuh, buta, tuli dan bisu.

Memikirkan balasan di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan, Abu Salleh reda dan bersetuju menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kepada isterinya. Melihat seorang wanita cantik di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangka wanita lain menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya.

Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata: "Wahai Abu Salleh, memang itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yang sia-sia."

Hasil perkahwinan pasangan soleh itu lahirlah seorang wali Allah yang masyhur daripada keturunan Rasulullah SAW, Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau dikenali dengan gelaran 'Mahyuddin' bermaksud 'Yang Menghidupkan Agama'.